PANGGILAN KERTAS KERJA
Bersesuaian dengan tema e-SPK2022 pada tahun ini iaitu "Pelestarian Budaya Penyelidikan untuk Masa Depan yang Lebih Baik", Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris ingin mempelawa rakan-rakan penyelidik untuk menghantar KERTAS KERJA PENUH yang berkaitan dengan sub-tema seminar dibawah.
​
Kertas kerja perlu ditulis mengikut format yang telah ditetapkan (boleh muat turun templet yang disediakan).
MAKLUMAT TERKINI
SKOP/ SUB-TEMA SEMINAR
​
-
Penyelidikan STEM dan Kelestarian Inovasi Ilmu
-
Penyelidikan TVET dan Kelestarian Inovasi Ilmu
-
Penyelidikan Sains Sosial dan Kelestarian Inovasi Ilmu
-
Penyelidikan Seni & Persembahan dan Kelestarian Inovasi Ilmu
-
Inovasi Dalam Penyelidikan / Pendidikan Penyelidikan
-
Lain-lain berkaitan dengan Pelestarian Inovasi Ilmu
UCAPTAMA
PROFESOR DR ZAINUDIN AWANG
Profesor
Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA)
BENGKEL SEMINAR
DR JULIANA OSMAN
Digital Entrepreneurship Trainer
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Profesor Dr Zainudin bin Awang adalah merupakan perunding dan jurulatih profesional dalam Pemodelan Persamaan Struktur (SEM) menggunakan AMOS, serta pakar dalam metodologi penyelidikan dan analisis statistik.
​
Beliau merupakan Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) di Fakulti Ekonomi dan Sains Pengurusan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA) sejak Jun 2014.
​
Tajuk ucaptama beliau adalah "The Ins and Outs of Quantitative Research"
TEKNIK FOTOGRAFI KREATIF SMARTPHONE
​
Menghasilkan foto yang kreatif dan inovatif sangat mencabar dan mahal!
​
Ketahui pelbagai teknik fotografi yang menarik ini dengan hanya menggunakan Smartphone tetapi anda boleh menghasilkan foto yang mengagumkan. Pasti foto untuk promosi produk perniagaan mahupun sebagai kenangan peribadi anda menjadi lebih hebat.
Semua kertas kerja yang diterima untuk pembentangan akan dikumpulkan ke dalam e-prosiding seminar kami (dengan e-ISSN) dan kertas kerja terpilih akan dipelawa untuk diterbitkan dalam jurnal-jurnal semasa Fakulti yang akan dikeluarkan pada awal tahun hadapan.
PELUANG PENERBITAN