top of page

PROSEDUR SEMINAR

Seminar ini akan dijalankan secara dalam talian dan bersemuka. Untuk pembentangan ARTIKEL PENUH dan PERTANDINGAN INOVASI kedua-duanya akan dijalankan sepenuhnya secara dalam talian.

 

Pembentangan Artikel Penuh Secara Dalam Talian

Terdapat DUA pilihan kaedah pembentangan iaitu secara segerak (synchronous) dan tidak segerak (asynchronous). Penerangan bagi kedua-dua kaedah ini adalah seperti berikut:

1.   Secara Segerak (Synchronous)

Pembentangan akan dilakukan oleh setiap pembentang pada hari Seminar berlangsung iaitu pada 11 Julai 2024 secara dalam talian menggunakan Cisco WEBEX. Pautan kepada sesi pembentangan akan dimaklumkan kemudian. Setiap pembentang diberikan masa tidak lebih dari 15 minit untuk membuat pembentangan. Sesi soal jawab akan dibuka di akhir sesi.

2.   Secara Tidak Segerak (Asynchronous)

Pembentang perlu menyediakan VIDEO pembentangan masing-masing dan hantarkan kepada kami untuk dimuat naik ke saluran Youtube SEMINAR FPE. Tempoh masa video tidak lebih daripada 10 minit. Kesemua pautan video pembentangan ini akan diletakkan di laman web Seminar untuk capaian peserta Seminar pada hari Seminar berlangsung. Video pembentangan tersebut perlu dihantar kepada Urusetia selewat-lewatnya 30 Jun 2024

Pembentangan Poster Inovasi Secara Dalam Talian

  • Peserta di minta untuk menghantar hasil inovasi yang di rekacipta melalui video berdurasi 3-5 minit yang di muatnaik di saluran YouTube berserta slip pembuktian bayaran sebelum 31 Mei 2024.

  • Terdapat dua pusingan penjurian dalam menentukan pemenang. Peserta yang berjaya di senarai pendek perlu menghadiri sesi soal jawab secara dalam talian.

  • Peserta di beri masa 10 minit untuk sesi soal jawab bersama dengan juri pada hari pertandingan iaitu pada 11 Julai 2024.

  • Penyertaan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris adalah di benarkan.

bottom of page