PERTANDINGAN INOVASI
KATEGORI PENYERTAAN
(A) Institusi Pengajian Tinggi (Ahli akademik, Pensyarah, Guru, Kolej Vokasional, Penyelidik, Pengamal dari Universiti, Politeknik, Institut Pendidikan Guru, Kolej Komuniti, dan lain-lain)​
(B) Sekolah Rendah dan Menengah (Guru, pelajar sekolah, dan lain-lain)
SUB-TEMA
-
Kejuruteraan, Sains dan Teknologi
-
Pembangunan Lestari
-
Sains Sosial dan Keusahawanan
-
Teknologi Pendidikan & Inovasi
-
Teknologi Maklumat & Digital
PERATURAN
-
Pertandingan adalah terbuka kepada semua pelajar, guru, pensyarah, penyelidik, pengamal inovasi di peringkat sekolah dan juga Institut Pengajian Tinggi.
-
Penyertaan adalah secara individu atau berkumpulan (maksimum 6 orang ahli setiap kumpulan). Ahli yang telah didaftarkan di dalam borang pendaftaran adalah muktamad dan sebarang perubahan adalah tidak di benarkan.
-
Peserta di minta untuk menghantar hasil inovasi yang di rekacipta melalui video berdurasi 3-5 minit yang di muatnaik di saluran YouTube berserta slip pembuktian bayaran sebelum 21 Jun 2023.
-
Terdapat dua pusingan penjurian dalam menentukan pemenang. Peserta yang berjaya di senarai pendek perlu menghadiri sesi soal jawab secara dalam talian.
-
Peserta di beri masa 10 minit untuk sesi soal jawab bersama dengan juri pada hari pertandingan iaitu pada 5 Julai 2023.
-
Penyertaan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris adalah di benarkan.
-
Peserta di benarkan untuk menghantar lebih dari satu penyertaan. Setiap penyertaan mestilah menampilkan projek inovasi yang berbeza. Yuran penyertaan adalah di kenakan bagi setiap penghantaran.
-
Peserta di kehendaki menghantar borang pendaftaran dan abstrak inovasi sebelum 31 Mei 2023.
-
Surat penerimaan (acceptance letter) akan di hantar kepada peserta melalui email sebelum 7 Jun 2023.
-
Yuran penyertaan bagi semua kategori adalah RM150 dan pembayaran hendaklah di buat sebelum 21 Jun 2023. Bayaran bagi pendaftaran awal (Early bird registration) adalah RM100 akan berakhir pada 30 April 2023.
-
Tarikh akhir penghantaran link video inovasi dan slip bukti pembayaran yuran adalah pada 21 Jun 2023.
-
Tiada bayaran pulangan balik akan di beri jika peserta menarik diri dari pertandingan.
-
Keputusan dari pihak juri adalah muktamad. Semua peserta akan menerima e-sijil dari pihak penganjur.