PROSEDUR SEMINAR
​
Seminar ini akan dijalankan secara dalam talian dengan DUA cara iaitu secara segerak (synchronous) dan tidak segerak (asynchronous). Penerangan bagi kedua-dua kaedah ini adalah seperti berikut:
​​
1. Secara Segerak (Synchronous)
​
Pembentangan akan dilakukan oleh setiap pembentang pada hari Seminar berlangsung iaitu pada 19 Ogos 2021 secara dalam talian menggunakan Cisco WEBEX. Pautan kepada sesi pembentangan akan dimaklumkan kemudian. Setiap pembentang diberikan masa tidak lebih dari 15 minit untuk membuat pembentangan. Sesi soal jawab akan dibuka di akhir sesi.
​
​
2. Secara Tidak Segerak (Asynchronous)
​
Pembentang perlu menyediakan VIDEO pembentangan masing-masing dan hantarkan kepada kami untuk dimuat naik ke saluran Youtube SEMINAR FPE. Tempoh masa video tidak lebih daripada 10 minit. Kesemua pautan video pembentangan ini akan diletakkan di laman web Seminar untuk capaian peserta Seminar/ umum pada hari Seminar berlangsung. Video pembentangan tersebut perlu dihantar kepada Urusetia selewat-lewatnya 6 Ogos 2021.
​